Wednesday, 30 November 2016

CERITA RINGKAS MENGENAI LUKISAN GUA DI MALAYSIA PADA ZAMAN PRASEJARAH

Seni tampak di Malaysia sebenarnya telah lama wujud sejak beribu tahun yang lalu. Perkara ini telah dibuktikan melalui penemuan pelbagai artifak sejarah khusunya artifak pada zaman paleolitik lagi. Lukisan yang ditemui pada dinding2 gua merupakan suatu penceritaan manusia pada zaman dahulu terhadap kehidupan mereka. Antara lukisan gua yang ditemui di Malaysia ialah di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan di Sabah dan Gua Niah di Sarawak. Kebanyakan lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama  iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai jeni kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir serupa,iaitu melintang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang menjadi buruan untuk sumber makanan mereka pada zaman tersebut.



Lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak
Selain itu, lukisan gua  dibuat dengan menggunakan arang yang dicampurkan getah kayu. Lukisan menggunakan teknik ini tersebar dengan meluas. Antara yang menarik ialah penemuan di Ulu Kelantan yang merakamkan majlis keramaian dan gambaran jantina. Lukisan di Gua Kelawar, Sungai Siput, Perak pula menggambarkan jenis haiwan dan motif geometri. Lukisan gua di Gua Badak, Lenggong, Perak, merakamkan pengalaman masyarakat Orang Asli semasa zaman penjajahan, dengan lukisan pegawai British menunggang kuda dan lukisan gambar kereta, yang dirakamkan di dinding gua tersebut. 

Galeri lukisan gua di Sarawak terdapat di Gua Sireh, iaitu tempat terdapatnya beberapa siri lukisan yang menunjukkan kelompok manusia dalam keadaan berpesta dan juga lembaga manusia yang bertanduk. Di Sabah, lukisan gua terdapat di Hagop Bilo, yang menggambarkan perahu layar dan tanpa layar, manusia dan rusa, serta manusia moden, mungkin Orang Sungai. 

Tiada pentarikhan yang diperoleh buat masa ini, namun dipercayai lukisan hematit di Gua Tambun dan Gua Kain Hitam berusia sekitar 2,000 tahun silam dan yang lainnya berusia sekitar 500 tahun dahulu.


14 comments:

  1. Yeah, terima kasih untuk maklumat yang berguna ni =)

    ReplyDelete
  2. guuuuddd notes and kipidap dongibab

    ReplyDelete
  3. waaaaa... i just love arts. but, this is interesting.

    ReplyDelete
  4. Wah cantiknya ukiran batu!!!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dngan maklumat yg berguna ini

    ReplyDelete
  6. Its so interesting for me

    ReplyDelete
  7. Its so interesting for me

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dngan maklumat yg berguna ini

    ReplyDelete
  9. Terima kasih dngan maklumat yg berguna ini

    ReplyDelete
  10. Tulisan bergambaryang terdapat di Gua Niah itu dipercayai Salah satu Tulisan kaum Iban kuno yang dinamakan Papan Turai.Menurut hasil kajian pakar sains yang mengkaji Deep skull di Gua Niah yang berusia 50,000 tahun dahulu ia disahkan dari kaum Iban.Malahan menurut pakar kajian Negara China orang Iban Dipercayai bansga terawal yang menduduki Borneo dan Asia Tenggara.Boleh lihat faktanya di pages Ibanology

    ReplyDelete