Wednesday, 30 November 2016

CERITA RINGKAS MENGENAI LUKISAN GUA DI MALAYSIA PADA ZAMAN PRASEJARAH

Seni tampak di Malaysia sebenarnya telah lama wujud sejak beribu tahun yang lalu. Perkara ini telah dibuktikan melalui penemuan pelbagai artifak sejarah khusunya artifak pada zaman paleolitik lagi. Lukisan yang ditemui pada dinding2 gua merupakan suatu penceritaan manusia pada zaman dahulu terhadap kehidupan mereka. Antara lukisan gua yang ditemui di Malaysia ialah di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan di Sabah dan Gua Niah di Sarawak. Kebanyakan lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama  iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai jeni kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir serupa,iaitu melintang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang menjadi buruan untuk sumber makanan mereka pada zaman tersebut.



Lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak
Selain itu, lukisan gua  dibuat dengan menggunakan arang yang dicampurkan getah kayu. Lukisan menggunakan teknik ini tersebar dengan meluas. Antara yang menarik ialah penemuan di Ulu Kelantan yang merakamkan majlis keramaian dan gambaran jantina. Lukisan di Gua Kelawar, Sungai Siput, Perak pula menggambarkan jenis haiwan dan motif geometri. Lukisan gua di Gua Badak, Lenggong, Perak, merakamkan pengalaman masyarakat Orang Asli semasa zaman penjajahan, dengan lukisan pegawai British menunggang kuda dan lukisan gambar kereta, yang dirakamkan di dinding gua tersebut. 

Galeri lukisan gua di Sarawak terdapat di Gua Sireh, iaitu tempat terdapatnya beberapa siri lukisan yang menunjukkan kelompok manusia dalam keadaan berpesta dan juga lembaga manusia yang bertanduk. Di Sabah, lukisan gua terdapat di Hagop Bilo, yang menggambarkan perahu layar dan tanpa layar, manusia dan rusa, serta manusia moden, mungkin Orang Sungai. 

Tiada pentarikhan yang diperoleh buat masa ini, namun dipercayai lukisan hematit di Gua Tambun dan Gua Kain Hitam berusia sekitar 2,000 tahun silam dan yang lainnya berusia sekitar 500 tahun dahulu.


Tuesday, 29 November 2016

DEFINISI SENI VISUAL

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. 

Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.

Herbert Read


SEKIAN TERIMA KASIHHHH.........

Saturday, 26 November 2016

CERITA RINGKAS PELUKIS CAT AIR PULAU PINANG~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni gua nak cerita SIKIT(RINGKAS) pasal pelukis-pelukis dan kumpulan cat air yang terawal di Pulau Pinang  (^_^)

Pada tahun 1930 sehingga selepas tamatnya perang merupakan pembuka  tirai di mana berlakunya perkembangan seni lukis moden Malaysia serta penglibatan para pelukis cat air Pulau Pinang. Antara pelukis-pelukis tersebut ialah Yong Mun Sen, Tay Hooi Keat, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping dan Khaw Sia. Karya yang dihasilkan oleh mereka dilihat naturalistik berbeza daripada karya-karya tradisi yang bersifat abstrak dan simbolik. Selain itu, pada awal tahun 1930, terdapat sekumpulan pelukis Eropah yang dikenali sebagai Penang Impressionists yang terdiri daripada kebanyakannya daripada suri rumah. Kumpulan ini dilihat bergerak secara aktif. Selain itu, pelukis seperti Kuo Ju Ping dan Lim Cheng Ean serta beberapa lagi pelukis lain telah menubuhkan satu persatuan yang dikenali sebagai Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang pada tahun 1936 sebagai reaksi terhadap Penang Impressionists.
Yong Mun Sen

Abdullah Ariff

Sekian sahaja maklumat ringkas mengenai pelukis-pelukis awal cat air di Pulau Pinang~